Trip bajet Phnom Penh II


TRIP BAJET PHNOM PENH PART II

Hari Ke-2


Keluar seawal pagi jam 8 kami di jemput oleh driver tut tut terus menghala ke perkampungan orang Islam  di National Road5, Sangkat Chrang chamres2 khan Russey Keo (km 9) yang mengambil masa 25 minit.Perkampungan ini di pinggir bandar Phnom Penh. Sampai disana kami lihat ramai wanita wanita bertudung dan gerai gerai yang menjual jubah serta pakaian muslimah. Destinasi pertama kami singgah makan di gerai Halal.

Halal Restoran 2 di Bt 8

Bubur yang memang sedap kalau nak pedas boleh tambah sos sos yang disediakan.

Breakfast bubur Combodia dengan harga 2 usd untuk 1 mangkok ianya sangat lazat.Yang best kat Phnom Penh ni korang berhentilah mana mana kedai makan kecil mahupun besar rata rata mereka menyedia internet percuma. Lawatan seterusnya di sekitar perkampungan melihat kehidupan mereka dengan pembuatan pisau buatan tangan,ke Masjid Masjid dan Sekolah Agama yang didirikan oleh pemerintah yang bukan beragama Islam di perkampungan tersebut . 


Kami didepan Masjid Nuruliman. Masjid ni mendapat sumbangan dari orang kaya Kemboja
yang menetap di Singapura,Negara Arab dan Malaysia.


Jagung Bakar dan Pulut Pisang

Kehidupan di Kemboja ini aku lihat agak sukar kerana bank bank di Kemboja
ni tak menyediakan pinjaman untuk membeli kereta mahu pun rumah.Korang bayangkan kalau sebiji rumah berharga 100,000 usd (RM300,000++) kena bayar cash...alolo giler belum lagi kereta. Kat sini minyak agak mahal,masa aku
datang ni 1 liter minyak berharga 4000 riyel(RM4.00)Kerajaan Malaysia naikkan harga minyak 0.05 aje rakyat Malaysia dah melenting hahaha....

Perjalanan seterusnya kami kembali ke City Phnom Penh untuk ke Russian Market.Disebabkan hari ini Jumaat dan driver tut tut kami Islam,kami beri laluan dia mengerjakan solat jumaat sementara turunkan kami ke Russian Market untuk bershopping dalam perjalanan ke Russian Market kami berhenti kekedai yang menjual beras,apalagi semua bawa balik beras wangi dan beras perang.

Borong beras berat beg nak bawa balik nanti haha..
Hati berbunga bunga bila dah sampai Russian Market(Jangan hairanlah
kalau muka aku aje kat depan sebab aku yang selalu kena jadi camera women)

Russian Market ni macam kat Central Market juga tapi aku tenguk banyak yang jual kain ela dan kalau nak kain Silk yang baik kualitinya di Russian Market ni ada.Aku tak minat sangat so tenguk ajelah jarang pun pakai baju kurung sebab aku bukan kerja gomen haha.Harga sebenarnya sama cuma sepertimana yang aku cakaplah korang memang kena pandai tawar menawar sampai tak masuk akal sebab harga yang kita minta tulah harga sebenarnya,so jangan mudah terpedaya ye.Aku dah masak kalau bab bab membeli ni. Harga Tshirt dewasa aku boleh dapat 1.5 usd sedang dia buka harga 3 usd so ko rasa aku ada masa sakit kepala nak menawar ? haha bertabahlah siapa yang dapat harga 3 usd tu.
Luar Russian Market kami minum air kelapa seperti biasa so aku rasa kalau korang tak tahan perut kena selalu minum air kelapa lagi baik.


Toul Sleng yang dulu di panggil dengan nama Office S-21

Dah penat shopping kami ke Toul Sleng  tempat tahanan dan penyiksaan oleh rejim pol pot yang sangat zalim.Tak lengkap kalau korang datang Phnom Penh tak datang kemari,sampai sekarang aku tak faham kenapa Pol Pot & the geng nak  hapus rakyat dia sendiri terutama rakyat dia yang bijak pandai.Yang aku faham dia memang tak mahu rakyat dia yang bijak pandai ni hidup,dia nak rakyat dia berfikiran rendah kerana dikhuatiri kalau golongan profesional dan politik akan menentang rejim mereka dan menuntut kesamarataan dari segi ekonomi dan kekayaan.Di anggar hampir 1.5 juta rakyat Kemboja di bunuh dan diseksa berbagai kaum dan agama. Kezaliman mereka cukup menginsafkan kami.Bayaran masuk dikenakan dengan harga 8 usd termasuk sewaan audio so korang boleh dengar keterangan bermula dari tempat tempat kejadian di kesemua tempat dalam bekas penjara ini.Kalau korang masuk saja untuk lawatan tanpa audio bayaran dikenakan sebanyak 4 usd.Kami pilih masuk dengan audio.


Depan Toul Sleng

Makan tengahari kami agak lewat.Hari ni lunch di H-Man Green Restoran yang terletak Sangkat Bueng Rang,Khan Daun Penh kami membuat pesanan secara ala carte menu tengahari dengan nasi goreng dan mineral 3.62 usd untuk seorang. Solat di Masjid Serkal dan kami singgah di Hard Rock Cafe untuk membeli cenderahati.


Shopping sungguh
Kami terus ke Royal Palace tapi dah sampai hari dah agak gelap.Cahaya berkilauan dari bangunan depan Royal Palace.Sempatlah kami bergambar.


Depan Royal Palace 

Zailah dengan gayanya


Gaya menarik dari Kak Maria dan Zailah
Program akhir hari ini kami di bawa bersiar siar di Metfone dan dataran monument Combodia.Di pinggir pinggir jalan ada terjual makanan yang kebiasaannya ada di Vietnam dan di China makanan yang pelik dan memualkan aku macam keropok kot rasanya...kalau korang berani boleh cuba...





Kat Methfone ni ramai kanak kanak kecil menjual buah buahan potong.Aku mencuba buah salak kemboja memang sedap dan agak masam.






Hari Ke-3

Jam 8 pagi kami dah bertolak ke Killing Feild yang memakan masa 25 minit dari hotel.Sepertimana di Toel Sleng disini juga tempat rejim pol pot melakukan kekejaman yang maha dasyat.Kawasan yang di khaskan oleh rejim Khmer Rouge tujuan pembunuhan dan perkuburan besar sepanjang tahun 1975-1979.
Menurut kajian Universiti Yale terdapat 1.3 juta-2.5 juta rakyat Kemboja telah terbunuh.

Kat sini kita akan melalui 20 seksyen bermula sekyen dimana mangsa di turunkan dari trak dengan tangan di ikat,di seksa tanpa memberi makan dan paling menyayat hati di bunuh dan di campak didalam lubang dan ada yang ditanam hidup hidup huhu hiba sangat.



Disini dan pokok ini menjadi saksi akan kekejaman tanpa belas ihsan.
Kanak kanak dan bayi dibunuh dengan menghentak kepala dibatang pokok
sehingga mati lalu di humban didalam lubang perkuburan tersebut.
MANUSIA HATI KERING

Kami mengakhiri jelajah di Killing Feild dengan hati yang sayu.Berat yang di tanggung mangsa saat saat kematian.Allahuakhbar mudah mudahan Malaysia berada dalam aman dan dijauhi dari sebarang kerakusan dari tangan tangan manusia yang kejam...Aamiin Allahumma Aamiin

Lunch dan kami menyambung aktiviti bershopping dan menghabiskan duit yang ada sebab esok kami akan berangkat pulang.Shopping sampai lebam haha.Kali
ni aku kurang berminat untuk bershopping hehe hanya beli beras dan fridge magnet dan beg Combodia untuk family dan sahabat sahabat.

Petang kami ke Royal Palace sekali lagi. Dah penat berjalan sempat buat reflexologi di riverside. 7 usd untuk reflexologi+back. 5 usd untuk reflexologi sahaja.



Wajah wajah yang kekenyangan hehe

Dah urut perut terasa lapar sudah,dengan berpandu waze kami mencari kedai
makanan halal. Alhamdulillah kami menemui Restoran Halal. Sampai aje ramai
pelajar dari UTM yang sedang menjamu selera.Kami terpaksa menunggu untuk
duduk. Berbaloi tunggu sebab makanan yang dipesan memang sedap dengan
harga yang berpatutan. Nama restoran tu "Restoran Halal" Dah kenyang apa
lagi dengan grab kami balik ke hotel tak jauh mana pun kami dikenakan 8 riyel.
Bersiap siap kemas esok dah nak tinggalkan Kemboja yang banyak meningglkan
kenangan manis buat kami semua.

Hari ke-4

5.50 pagi Kami sudah bergerak ke Airport,aku memang lebih selesa kalau sampai cepat agar mudah untuk membuat urusan bagasi.Dengan tut tut kami ke airport ,setelah tawar menawar kami dapat 5 usd.





Selamat tinggal Kemboja yang penuh dan sarat dengan kenangan.Semoga ada
masa kami akan kembali lagi InsyaAllah...

Percutian kami 4 hari 3 malam termasuk flight,hotel,makan,insuran perjalanan dan entrance fees RM 876.00. Kalau pergi ramai lagi murah sebenarnya.Aku nasihatkan kalau pergi travel DIY jangan lupa beli insuran perjalanan dan travel
tak mahal mana pun.

Beg dah mula beranak bila dah balik haha.....






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Trip Bajet ke Phnom Penh I

Jalan Jalan suka ria di Phnom Penh               TRIP BAJET MURAH KE PHNOM PENH 1 Lama tak menulis blog, agak sibuk lately ni.Tapi d...