Thursday, 19 July 2018

Trip Muslimah ke Padang/Bukit Tinggi Part II


Day 3

Untuk hari ketiga ni pun kami sepakat memakai Tshirt Muslimah berwarna biru yang sama. Siap beli sama untuk nampak seragam, biar nampak lagi meriah dan ceria. Itu aku kata group yang pergi ni memang sporting. Lepas sarapan kami check out siap siap keluarkan beg yang berat dan padat haha...terpaksa susun baik baik supaya muat al maklumlah shuttle yang kita orang punya ni muat muat untuk 12 seater so belakang untuk letak bagasi agak kecil sikit. Tapi Alhamdulillah semua dapat masuk kecuali kotak kotak yang berisi kerepek terpaksalah kena pangku oleh yang empunya kotak tu...

Penuh dan padat tu baru hari kedua 

Nampak kan sangat  padat dan mampat , jangan lupa ada lagi ruang kosong yea tapi kat kaki masing masing hehe kalau nak tambah membeli semua kena riba dan pangku aje.
Selamat Tinggal Mersi Hotel suasana yang sangat sejuk berada di kawasan hotel ini.

Bersama Pak Henry tour guide kami yang baik hati


Perjalanan ke destinasi seterusnya untuk program hari ni adalah ke Panorama ngarai Sianok yang menempatkan Lobang Jepang,iaitu terowong yang di bina oleh tentera jepun , mulanya macam malas nak masuk terowong tu tapi kalau dah sampai apasalahnya kita menimba sejarah tentang terbinanya Lubang Jepang ni kan? Masuk tu percuma , cuma kalau nak tahu cerita selanjutnya tentang sejarah lubang jepang ni ada guide yang akan membawa kita ke dalam terowong sambil memberi penerangan so dia charge 20ribu untuk 1 kepala. Pakat pakat semua masuk kecuali Kak Ani sahaja yang tunggu di luar.

Semua siap sedia dengan semangat yang kuat untuk menyelusuri terowong Jepun di bawah

Dua hari dah makan banyak so kena exercise berjalan kaki plak yea hari ni nak kena bakar lemak haha. Dengar kezaliman tentera jepun ni mengerah orang orang jawa membina terowong ini sedih sangat .Mana tak sedihnya bila siap saja terowong ini tentera jepun membunuh mereka tanpa belas ehsan bagi menutup rahsia lubang ini di bina.Kalau korang rasa tak sedih memang hati korang kematu keras huhu...


Suasana dalam Lubang Jepang, mengah juga nak sampai kebawah tu

Dah berjalan dan bergambar kami terus naik shuttle yang telah menunggu kami di terowong keluar, biasalah bila dah sampai keluar datanglah jurugambar membawa gambar gambar kita orang yang bergambar kat luar tadi , apalagi kali ni kita orang sepakat nak tawar harga sebabnya kertas yang dia print kertas keras biasa bukan dari jenis gambar yang korang dapat kat kedai gambar. Pakat punya pakat dapatlah 3 keping 25 ribu oklah harga tu. 

Boleh nampak di belakang tu Gunung Singgalang 

Kami teruskan perjalanan kami ke Puncak Lawang tapi singgah sebentar ke kedai makwan silver ,yang membuat perhiasan dan cincin. Ramai yang membelek dan ada yang terus membelinya. Selesai membeli kami teruskan perjalanan.Kami teruja bila melihat sawah padi yang sedang menguning apa lagi berhenti plak bergambar di tengah sawah. Dengan akur dan mengikut perintah Pak Henry turunkan kami untuk bergambar .





Tarakuca di tengah sawah

Hati gembira dan puas kerana hajat telah di tunaikan maka kami teruskan perjalanan seterusnya. Singgah sebentar di Kampung Matur yang terkenal dengan kerepek labunya.
Kat sini korang boleh tenguk secara manual bagaimana membuat gula merah. Dahulu mereka menggunakan kerbau bagi menjalankan mesin pemerah tebu tersebut dan terhasillah air tebu untuk di jadikan gula merah.



Sampai terlindung mesin tu ye yang nampak hanya kami dan kerbau hehe

Aku sempat beli kacang tanah yang dah di goreng dengan kulit , ala ala macam kacang cap tangan tu tapi yang ini memang sedap dan garing. Dah membeli kerepek kacang dan macam macam barulah kami menuju ke Puncak Lawang. Sampai saja ke Puncak Lawang SubhanAllah cantiknya lukisan ciptaan Allah , tak berhenti henti kami memuji Penciptanya.
Dan kami bersyukur dengan nikmat Allah kerana memberi kami melihat dengan mata hati, mendengar deruan angin dan menghirup udara segar. Saujana mata memandang. 


Tinjau jangan tak tinjau ye mana tau kot kot ternampak Prince Charming
.
.
SubhanAllah tak mampu di ungkapkan dengan kata kata hanya mampu memuji sang Pencipta
.
.
Panaroma dari Puncak Lawang

Aku bagi racun sikit gambar aku di atas Puncak Lawang ni ye supaya korang teruja nak datang berlibur di bumi minangkabau ni.

Tasik yang ada reflection awan dengan cuaca yang sangat baik

Puas bergambar dengan bermacam macam gaya di atas Puncak Lawang akhirnya kami meninggalkan Bukit Tinggi dengan hati yang hiba eh eh hiba ke belum lagi sebab sebelum turun ke Padang kami repeat ke kedai Putri Minang, permintaan dari sahabat sahabat yang nak menghabiskan duit rupiah dan ada yang masih tertinggal list nama orang yang nak di berikan buah tangan dari Bukit Tinggi huhu. Maka berbelanja sakanlah lagi. Selesai semua berbelanja perut dah berbunyi sebab lapar, kami makan tengahari dan bersolat jamak qasar.


Makan tengahari nasi padang terakhir hari ini. Ha ni baru rasa benar benar hiba nak tinggalkan Bukit Tinggi yang menyimpan seribu kenangan dan keindahan. 


Selepas makan dan solat kami berangkat turun ke Padang yang mengambil masa 3 jam. Mata mula mengantuk al maklumlah dah kekenyangan. Aku dah mula nak menutupkan mata tiba tiba Pak Henry menanyakan samada mau menonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck tak so dengan slow jawapan sahabat sahabat sebab mengantuk oklah Pak Hen.

Kami layan aje cerita dengan mata yang layu tapi bila dah bermula sepenuhnya aduhai mata masing masing jadi segar kusyuk kami menontonnya. Jalan ceritanya memang menarik mengenai percintaan dua insan di pisahkan kerana berpegang kuat pada adat minang sehingga mengorbankan kasih sayang dua insan. Macam dulu dulu biar mati anak jangan mati adat . Kita kena buang pepatah tu ye kita kena ikut apa Allah suka bukan ikut apa kita suka......


Setelah 3 jam perjalanan kami sampai ke Kota Padang, kami melalui Jambatan Siti Nurbayah dan meneruskan destinasi ke Malin Kundang. Tempat yang di katakan sumpahan bagi anak durhaka. Korang boleh lihat batu yang menyerupai orang bersujud.
Pantai Malin Kundang ni sangat cantik semasa terbenamnya matahari.



Malin Kundang
.
.
Sunset di Pantai Malin Kundang cantik kan? credit Puan Noorie hehe

Perjalanan akhir untuk hari ketiga kami di bawa bersiar siar di Kota Padang melihat Perlabuhan Lama dan China Town. Makan malam akhir kali ini kami di hidangkan makanan laut Alhamdulillah dah 3 hari tak jamah ikan laut akhirnya dapat makan udang,sotong dan ikan. Apalagi bismillah kali ni aku benar benar rasa kenyang. Kami check in di Rangkayo Basa Hotel , aku kurang rekomen kat korang hotel ni sebab pengaliran air dia kurang baik jadi bilik air agak berbau sedikit yang tahan mungkin boleh stay tapi macam aku ni hidung bergerak haha tak boleh langsung hidu yang kurang menyenangkan.Apa apa pun Alhamdulillah semula berjalan lancar untuk hari ketiga.
.
.
Day 4

Hari terakhir di Padang, aku di kejutkan berita salah seorang sahabat kami kena food poisining.Kesian Ila, pertolongan cemas telah di berikan padanya dengan memberi ubat dan urutan untuk mengurangkan kesakitannya. Kami check out tepat jam 7.45 pagi untuk lawatan akhir sebelum kami di hantarkan ke airport. Destinasi lawatan akhir kami adalah di Masjid Raya Sumatera Barat selain masjid ini besar dan luas ianya di ukir dengan ukiran yang halus di setiap dinding menghala ke bumbungnya. Memang cantik


Duduk bersimpuh sungguhlah sopan hehe

Gambar ni aku suka masing masing bergaya sendiri. Orang sakit sporting tetap join kami bergambar

Akhir kami di bawa ke Pantai yang ada nama PADANG ,kat sini jurugambar agak ramai berebut rebut ambil gambar kami tak kira dah bersedia ke belum dia orang snap aje memang kelakar pastu dia orang tu berlari print gambar kami alahai kesian plak sebab jurugambar semuanya agak berumur dah. Kami posing macam macam sebab posing akhir di Padang. 

Happy bercampur sedih sebab dah nak balik

Kami sampai awal di airport sebab beg beg kami banyak. Alhamdulillah Pak Henry dah siap bayar porter untuk uruskan bagasi dan pasport kami sehingga selesai. Tinggallah Padang tinggallah Bukit Tinggi kami pulang dengan membawa seribu kenangan yang tak mungkin kami luputkan di ingatan, semoga kedatangan kami ini dengan melihat ciptaanMu dan keajaiban di bumi Minangkabau akan kami sematkan kesyukuran dalam diri kami.
.
.
Porter yang menguruskan beg beg kami Alhamdulillah senang dan mudah

Kami tak tunggu terus naik ke atas kerana keadaan sahabat kami ila bertambah teruk. Nak puji sikitlah kru AirAsia di Airport Padang Abd Rahman namanya MasyaAllah baik akhlaknya dari urusan beg beg kami selesai dia juga yang ambilkan wheel chair utk sahabat kami, dia juga yang sorong sehingga ke pesawat dan seat juga di beri bahagian hot seat bersama pengiring sahabat kami Endang. Alhamdulillah dapat layanan yang baik dari kru AirAsia.

Kru AirAsia Abd Rahman menyorong wheel chair sahabat kami

Alhamdulillah selesai sudah trip kami untuk kali ini. Flight kami juga menepati masa dan kami sampai awal 5 minit dari jadual.Buat sahabat sahabat trip ini korang semua memang owesome. Bermusafir bersama adalah cara terbaik mengenali karakter seseorang.. Alhamdulillah pada perjalanan kami kali ini silaturrrahim terasa lebih erat dengan senda gurau dan aktiviti bersama, dengan kerjasama yang diberikan memudahkan trip kali ni untuk dinikmati bersama-sama .. jalan sambil menikmati pemandangan ciptaan Ilahi, berfikir kebesaranNya serta lantunan zikir dalam memuji Allah Yang Maha Agong.. Fikiran yang membuka jalan zikir untuk terasa lebih manis.
Benarlah.. berjalanlah kita di muka bumi Allah, ambillah pelajaran dan pengajaran pada tiap sesuatu perkara dan kejadian sehingga hati menjadi lunak untuk bersyukur dan bersangka baik pd Allah ❤️


Next trip akan datang Beijing/Guilin InsyaAllah














































            

Tuesday, 17 July 2018

Trip Muslimah ke Padang/Bukit Tinggi


Alhamdulillah setelah apa yang di rancang akhirnya aku dan sahabat sahabat muslimah seramai 12 memulakan perjalanan kami ke Padang/Bkt Tinggi. Bukan mudah aku nak kumpulkan sahabat sahabat muslimah ni tau al maklumlah rata rata mempunyai suami dan anak anak yang kena di tinggalkan , kalau kerja boleh aje minta cuti kan tapi kalau dah ada keluarga susah nak di tinggalkan.

So ada yang dah janji nak pergi terpaksa di batalkan kerana kekangan masa dan mungkin masa dan waktu perjalanan ini tak sesuai so bagi korang yang nak rancang perjalanan kena cari masa yang sesuai tapi kalau time time cuti sekolah agak mahal sikitlah



Aku beli tiket yang promo ke Padang dalam harga RM 175 tak termasuk insuran dan bagasi. Debak debuk semua tu so dapatlah RM285. Kalau dah nama perempuan mestilah lebih sikit bagasi waktu balik kan. Masing masing ada yang ambil 25kg dan ada yang 30kg . Masa pergi aku pakat pakat satu nama bawa bagasi 20kg share berat dengan kawan kawan sebab pergi bawa beg kosong balik sure beg tu beranak pinak hehehehe.....




Kita orang ni dari JB alahai kena ambil bas plak dari Jb terus langsung ke KLIA2. Aku siap siap booking online tiket pergi naik Starmart Express Alhamdulillah kitaorang naik dari Terminal Bas Taman Tun Aminah sebab nak naik lewat sikit jam 10.45 malam bertolak ke KLIA 2 , kalau korang nak awal boleh ke terminal larkin bas gerak jam 10.00 malam harga tiket RM45.00. So kita orang berkumpul di terminal 10 minit sebelum berlepas aku agak terlewat sikit tapi Alhamdulillah sampai aje terus naik bas dan bas pun bergerak. Tak sempat nak snap gambar bas tu sebab tergesa gesa naik bas dan bas terus berlepas.


Perjalanan bas memakan masa 4 jam so kita orang sampai airport jam 3 pagi. Sampai aje kami terus naik atas dan cari port nak letak barang dan makan. Tiba tiba ramai yang terasa lapar...

Dah macam makan sahur tu sebab makan jam 3 pagi

Lepas makan kami terus naik level 2 untuk check in beg al maklumlah kalau dah ramai ramai ni biasalahkan kena siap siap awal. Alhamdulillah bila group , kami dapat terus ke kaunter X daftar masuk dengan beg yg setiap seorang 10kg. Ada yang lebih 10 kg juga hehe nasib semua lepas.Pastu kami bergegas masuk dalam dan solat subuh. Hari yang baik juga bagi kami kerana pesawat AirAsia tak delay.


sampai aje terus gambar tanda bukti dah sampai di bumi minangkabau

Alhamdulillah muka muka yang letih tadi dah kembali ceria bila dah jejakkan kaki di bumi Minangkabau ,mana tak letihnya dari jam 10.45 malam dari Jb dalam bas semua tido tido ayam aje bukan selesa sangat walau seat bas tu besar. Sampai perut mulalah lapar especially aku yang tak makan apa apa kat airport. Group kami di sambut oleh Pak Henry yang aku memang kenal sejak 10 tahun yang lalu orangnya suka berjenaka dan happy sangat cepat mesra dan selalu menepati waktu kalau korang nak pakai groud aku sangat rekomen Pak Henry ni boleh wasap terus kat dia +628126782675. Kami di bawa ke Rumah Makan Lamun Ombak untuk bersarapan . Menu janganlah nak expert macam kat msia ye tapi roti canai,murtabak dan sup sup tu adalah.
Biar lapar makan jangan lapar bergambar hehe
.
Sahabat dunia akhirat(aku suka gambar ni)
.
Sedap sedap juga makanan di Rumah Makan Lamun Ombak ni. Kalau korang sampai Padang jangan lupa singgah ye..Kami teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi yang memakan masa dalam 2 jam untuk sampai ke sana. Kebetulan di Padang musim durian so sepanjang jalan banyak gerai jual durian apalagi permintaan sahabat sahabat yang semuanya memang makan durian kita orang berhenti untuk menikmati durian dulu haha. Di Padang durian ini di jual dalam biji bukan dalam kilo tau dalam sebiji tu kadang kalau pandai tawar boleh dapat 2 biji 30ribu kalau convert duit msia dalam RM8.65 murah tak? Giler kalau tak murah tak dapat harga tu kat msia. Apalagi bismillah lah kita orang mengadap durian.



Senyum dan bahagia bila dapat makan durian hahaha...lepas makan kita orang teruskan perjalanan dan singgah plak di Air Terjun Lembah Anai sejuk tempat dia ada yang mandi juga tapi kita orang just tinjau dan bergambar saja.


Sejuk dan Nyaman

Teruskan perjalanan ke Pusat documentasi adat minangkabau, kat sinilah sahabat sahabat dapat melaram memakai baju pengantin adat minangkabau...fuh aku tenguk berat juga perhiasan di atas kepala dia orang tu hehe, kalau korang nak pakai dan bergambar bolehlah sewa baju tu dengan harga 25ribu rupiah kalau dalam ringgit RM7.20 depend pada pertukaran ye sebab masa aku pergi ni duit msia agak tinggi sikit.
.
Cantik cantik semua bila dah menggayakan baju adat minang




Dah penat melaram dan bergambar sakan perut dah mula berbunyi,kami pun di bawa makan tengahari dengan hidangan nasi padang yang sungguh meyelerakan. Tapi bagi aku yang tak makan ikan air tawar ni kuranglah hehe sebab bagi aku ayam adalah pilihan akhir.
Aku gemar makan ikan dari ayam. Lepas makan kami di bawa ke tempat yang di nanti nantikan iaitu tempat syurga membeli belah haha kedai sulaman Putri Minang.Rata rata harga menarik kalau pandai menawar. Tak ada duit rupiah tak ada masalah dia terima ringgit malaysia tapi make sure korang kena tau convert takut pakai duit msia lagi rugi plak.

Sampai pening nak memilih tapi Puan Endang kita tetap dengan gaya tersendirinya hehe.

Bola mata hitam boleh tukar jadi biru haha so sebelum bertukar warna warni kita orang beralih pulak ke kedai Linduang Bulan sebelum sampai kedai tu kami singgah minum petang di kedai Bika Talago kata henry kuih Bika Talaga ni orang minang gelarkan kuih api neraka huh ngeri dengar sebab apa di beri nama kuih neraka sebabnya kuih itu di masak menggunakan api atas bawah. Rasanya sangat sedap kalau kat msia macam rasa kuih dangai. Selepas makan kami bershopping sampai lebam 😂

Kuih Bika Talago ( belakang tu boleh nampak bagaimana dia masak kuih tu pakai kayu api)
.
Minum petang dengan kopi  dan  kuih bika talago


Dah shopping dan dah mula susut duit dalam poket maka kami di bawa makan malam dengan hidangan nasi ayam penyet dan bila perut dah kenyang mulalah terbayang bantal dan tilam yang empuk huhu kami check in di Mersi Hotel untuk 2 malam. Masing masing dah dapat kunci bilik senyap beradu melepaskan lelah kepenatan seharian.

Day 2 (Bukit Tinggi)

Hari ni kami sepakat pakai baju Putih dan seluar jeans Alhamdulillah group kami ni memang sporting habis hehe pagi pagi buka bilik dah nampak semua seragam kecuali ada 2 orang yg tak dapat memakai baju yang sama..tapi tetap ceria Ros dan Kak Seha.

Lepas sarapan kami menuju ke kampung pandai sikek yang terkenal dengan tenunan songketnya..sampai aje kami terus bergambar sakan aduhai memang cantik permandangannya.


Baju seragam kami hari pertama. Bergambar bersama ibu Ecah yang sedang membasuh baju di atas pelantar.

Berbelanja lagi,lagi dan lagi aku suka tenguk kakak kakak semua berbelanja hehe. Memang happy sangat.Habis shopping kami bertolak ke Istano Basa Pagaruyung MasyaAllah cantik pembuatan tangan dan ukiran istana ini, terpegun seketika. Besar dan luas istana ni bertingkat tingkat. Sebelum masuk ke dalam istana sesi bergambar dulu. Korang kalau datang ke tempat tempat menarik di Bukit Tinggi ni sedia duit untuk bayar gambar nanti ramai jurugambar dok ambil gambar bila kita dah nak balik tiba tiba gambar dah siap print. Pandai pandailah korang tawar menawar kalau group, aku cadangkan sepakatlah kalau nak membeli gambar tu so dapat murah sikit.


Amacam cun tak gambar kami tak kira usia muda dan tua kami sangat happy 

Makan tengahari di Pondok Flora tepi sawah,aku pernah makan di sini 10 tahun yang lalu masih tak berubah tempat ni huhuhu kenangan bersama Almarhum Abah dan Almarhumah ibu mengamit kembali. Rindu kalian berdua Alfatihah buat insan yang aku sayangi. Biasalah kalau tengahari kita di hidangkan makanan nasi padang makan jangan tak makan nanti lapar plak. Lepas makan kami berhenti solat di Masjid bersebelahan jual kerepek kerepek.Dah siap solat dan membeli kami ke home industri kinoko yang terkenal dengan kopi dan pisang salainya. Kemudian kami bergerak ke Pasar Atas Bukittinggi yang ada monumen jam gadang. Kalau korang tak ambil gambar kat jam gadang ni macam korang tak pernah sampai kat Bkt Tinggi , so jangan skip ke jam gadang yea. 

12 wanita melayu terakhir...kau ada ? haha

Kita orang berlegar legar di kawasan jam gadang sambil mencuci mata dan membeli belah. Kalau sebelah petang aku tenguk banyak orang menjual di tepi tepi jalan so harga dia biasanya dia buka dengan harga yang agak tinggi tapi kalau kita pandai tawar memang berbaloi. Kebanyakkan mana mana yang ada pelancong memang dia ambil kesempatan tapi aku ni dah selalu berjalan memang kerja aku bila membeli menawar gila gila haha tapi janganlah sampai dia rugi agak agaklah kalau nak murah pun jangan jadi peristiwa aku menawar di Pakistan dulu bila balik hotel convert duit msia harga aku beli macam tak masuk akal murah sangat rasa bersalah plak dok menawar sedangkan yang aku minta tawar itu islam alahai....Kami keluar dari jam gadang jam 6.45 petang dan terus makan malam, kali ni kami di hidangkan makanan chinese food sambil melihat siaran langsung perlawanan bolasepak Msia vs Indonesia. Aku tak minat bola yea hehe...Lepas makan balik hotel dan kami perlu berkemas utk check out keesokannya. Tau tau ajelah korang bila dah berbelanja tak ingat dunia beg mula penuh so kena plak cari beg beranak untuk isi barang barang yang di beli. Aku ingat kakak kakak tu bila sampai hotel terus masuk dan berehat serta berkemas rupa rupanya tenguk gambar di bawah sebagai buktinya....haha







Boleh plak dia orang sambung bershopping di depan kaki lima hotel , hebat kakak kakak aku ni. Tau tau berbondong bondong plastik bawa masuk dalam hotel


Cayalah Kak Yah , Kak Yati , Kak Ani ,Kak Seha dan Lily yang lain aku tak pasti sebab tak ada bukti pada gambar ceh ceh. Aku dah selamat beradu sebab esok nak check out dan turun ke Padang plak.

Apa apa pun aku cukup happy bila tenguk semua happy dan puas hati dapat beli buah tangan untuk orang yang di tinggalkan.

Ok aku sambung nanti di part II . Day 3 dan hari akhir yea













Trip Bajet ke Phnom Penh I

Jalan Jalan suka ria di Phnom Penh               TRIP BAJET MURAH KE PHNOM PENH 1 Lama tak menulis blog, agak sibuk lately ni.Tapi d...