Thursday, 19 July 2018

Trip Muslimah ke Padang/Bukit Tinggi Part II


Day 3

Untuk hari ketiga ni pun kami sepakat memakai Tshirt Muslimah berwarna biru yang sama. Siap beli sama untuk nampak seragam, biar nampak lagi meriah dan ceria. Itu aku kata group yang pergi ni memang sporting. Lepas sarapan kami check out siap siap keluarkan beg yang berat dan padat haha...terpaksa susun baik baik supaya muat al maklumlah shuttle yang kita orang punya ni muat muat untuk 12 seater so belakang untuk letak bagasi agak kecil sikit. Tapi Alhamdulillah semua dapat masuk kecuali kotak kotak yang berisi kerepek terpaksalah kena pangku oleh yang empunya kotak tu...

Penuh dan padat tu baru hari kedua 

Nampak kan sangat  padat dan mampat , jangan lupa ada lagi ruang kosong yea tapi kat kaki masing masing hehe kalau nak tambah membeli semua kena riba dan pangku aje.
Selamat Tinggal Mersi Hotel suasana yang sangat sejuk berada di kawasan hotel ini.

Bersama Pak Henry tour guide kami yang baik hati


Perjalanan ke destinasi seterusnya untuk program hari ni adalah ke Panorama ngarai Sianok yang menempatkan Lobang Jepang,iaitu terowong yang di bina oleh tentera jepun , mulanya macam malas nak masuk terowong tu tapi kalau dah sampai apasalahnya kita menimba sejarah tentang terbinanya Lubang Jepang ni kan? Masuk tu percuma , cuma kalau nak tahu cerita selanjutnya tentang sejarah lubang jepang ni ada guide yang akan membawa kita ke dalam terowong sambil memberi penerangan so dia charge 20ribu untuk 1 kepala. Pakat pakat semua masuk kecuali Kak Ani sahaja yang tunggu di luar.

Semua siap sedia dengan semangat yang kuat untuk menyelusuri terowong Jepun di bawah

Dua hari dah makan banyak so kena exercise berjalan kaki plak yea hari ni nak kena bakar lemak haha. Dengar kezaliman tentera jepun ni mengerah orang orang jawa membina terowong ini sedih sangat .Mana tak sedihnya bila siap saja terowong ini tentera jepun membunuh mereka tanpa belas ehsan bagi menutup rahsia lubang ini di bina.Kalau korang rasa tak sedih memang hati korang kematu keras huhu...


Suasana dalam Lubang Jepang, mengah juga nak sampai kebawah tu

Dah berjalan dan bergambar kami terus naik shuttle yang telah menunggu kami di terowong keluar, biasalah bila dah sampai keluar datanglah jurugambar membawa gambar gambar kita orang yang bergambar kat luar tadi , apalagi kali ni kita orang sepakat nak tawar harga sebabnya kertas yang dia print kertas keras biasa bukan dari jenis gambar yang korang dapat kat kedai gambar. Pakat punya pakat dapatlah 3 keping 25 ribu oklah harga tu. 

Boleh nampak di belakang tu Gunung Singgalang 

Kami teruskan perjalanan kami ke Puncak Lawang tapi singgah sebentar ke kedai makwan silver ,yang membuat perhiasan dan cincin. Ramai yang membelek dan ada yang terus membelinya. Selesai membeli kami teruskan perjalanan.Kami teruja bila melihat sawah padi yang sedang menguning apa lagi berhenti plak bergambar di tengah sawah. Dengan akur dan mengikut perintah Pak Henry turunkan kami untuk bergambar .





Tarakuca di tengah sawah

Hati gembira dan puas kerana hajat telah di tunaikan maka kami teruskan perjalanan seterusnya. Singgah sebentar di Kampung Matur yang terkenal dengan kerepek labunya.
Kat sini korang boleh tenguk secara manual bagaimana membuat gula merah. Dahulu mereka menggunakan kerbau bagi menjalankan mesin pemerah tebu tersebut dan terhasillah air tebu untuk di jadikan gula merah.



Sampai terlindung mesin tu ye yang nampak hanya kami dan kerbau hehe

Aku sempat beli kacang tanah yang dah di goreng dengan kulit , ala ala macam kacang cap tangan tu tapi yang ini memang sedap dan garing. Dah membeli kerepek kacang dan macam macam barulah kami menuju ke Puncak Lawang. Sampai saja ke Puncak Lawang SubhanAllah cantiknya lukisan ciptaan Allah , tak berhenti henti kami memuji Penciptanya.
Dan kami bersyukur dengan nikmat Allah kerana memberi kami melihat dengan mata hati, mendengar deruan angin dan menghirup udara segar. Saujana mata memandang. 


Tinjau jangan tak tinjau ye mana tau kot kot ternampak Prince Charming
.
.
SubhanAllah tak mampu di ungkapkan dengan kata kata hanya mampu memuji sang Pencipta
.
.
Panaroma dari Puncak Lawang

Aku bagi racun sikit gambar aku di atas Puncak Lawang ni ye supaya korang teruja nak datang berlibur di bumi minangkabau ni.

Tasik yang ada reflection awan dengan cuaca yang sangat baik

Puas bergambar dengan bermacam macam gaya di atas Puncak Lawang akhirnya kami meninggalkan Bukit Tinggi dengan hati yang hiba eh eh hiba ke belum lagi sebab sebelum turun ke Padang kami repeat ke kedai Putri Minang, permintaan dari sahabat sahabat yang nak menghabiskan duit rupiah dan ada yang masih tertinggal list nama orang yang nak di berikan buah tangan dari Bukit Tinggi huhu. Maka berbelanja sakanlah lagi. Selesai semua berbelanja perut dah berbunyi sebab lapar, kami makan tengahari dan bersolat jamak qasar.


Makan tengahari nasi padang terakhir hari ini. Ha ni baru rasa benar benar hiba nak tinggalkan Bukit Tinggi yang menyimpan seribu kenangan dan keindahan. 


Selepas makan dan solat kami berangkat turun ke Padang yang mengambil masa 3 jam. Mata mula mengantuk al maklumlah dah kekenyangan. Aku dah mula nak menutupkan mata tiba tiba Pak Henry menanyakan samada mau menonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck tak so dengan slow jawapan sahabat sahabat sebab mengantuk oklah Pak Hen.

Kami layan aje cerita dengan mata yang layu tapi bila dah bermula sepenuhnya aduhai mata masing masing jadi segar kusyuk kami menontonnya. Jalan ceritanya memang menarik mengenai percintaan dua insan di pisahkan kerana berpegang kuat pada adat minang sehingga mengorbankan kasih sayang dua insan. Macam dulu dulu biar mati anak jangan mati adat . Kita kena buang pepatah tu ye kita kena ikut apa Allah suka bukan ikut apa kita suka......


Setelah 3 jam perjalanan kami sampai ke Kota Padang, kami melalui Jambatan Siti Nurbayah dan meneruskan destinasi ke Malin Kundang. Tempat yang di katakan sumpahan bagi anak durhaka. Korang boleh lihat batu yang menyerupai orang bersujud.
Pantai Malin Kundang ni sangat cantik semasa terbenamnya matahari.



Malin Kundang
.
.
Sunset di Pantai Malin Kundang cantik kan? credit Puan Noorie hehe

Perjalanan akhir untuk hari ketiga kami di bawa bersiar siar di Kota Padang melihat Perlabuhan Lama dan China Town. Makan malam akhir kali ini kami di hidangkan makanan laut Alhamdulillah dah 3 hari tak jamah ikan laut akhirnya dapat makan udang,sotong dan ikan. Apalagi bismillah kali ni aku benar benar rasa kenyang. Kami check in di Rangkayo Basa Hotel , aku kurang rekomen kat korang hotel ni sebab pengaliran air dia kurang baik jadi bilik air agak berbau sedikit yang tahan mungkin boleh stay tapi macam aku ni hidung bergerak haha tak boleh langsung hidu yang kurang menyenangkan.Apa apa pun Alhamdulillah semula berjalan lancar untuk hari ketiga.
.
.
Day 4

Hari terakhir di Padang, aku di kejutkan berita salah seorang sahabat kami kena food poisining.Kesian Ila, pertolongan cemas telah di berikan padanya dengan memberi ubat dan urutan untuk mengurangkan kesakitannya. Kami check out tepat jam 7.45 pagi untuk lawatan akhir sebelum kami di hantarkan ke airport. Destinasi lawatan akhir kami adalah di Masjid Raya Sumatera Barat selain masjid ini besar dan luas ianya di ukir dengan ukiran yang halus di setiap dinding menghala ke bumbungnya. Memang cantik


Duduk bersimpuh sungguhlah sopan hehe

Gambar ni aku suka masing masing bergaya sendiri. Orang sakit sporting tetap join kami bergambar

Akhir kami di bawa ke Pantai yang ada nama PADANG ,kat sini jurugambar agak ramai berebut rebut ambil gambar kami tak kira dah bersedia ke belum dia orang snap aje memang kelakar pastu dia orang tu berlari print gambar kami alahai kesian plak sebab jurugambar semuanya agak berumur dah. Kami posing macam macam sebab posing akhir di Padang. 

Happy bercampur sedih sebab dah nak balik

Kami sampai awal di airport sebab beg beg kami banyak. Alhamdulillah Pak Henry dah siap bayar porter untuk uruskan bagasi dan pasport kami sehingga selesai. Tinggallah Padang tinggallah Bukit Tinggi kami pulang dengan membawa seribu kenangan yang tak mungkin kami luputkan di ingatan, semoga kedatangan kami ini dengan melihat ciptaanMu dan keajaiban di bumi Minangkabau akan kami sematkan kesyukuran dalam diri kami.
.
.
Porter yang menguruskan beg beg kami Alhamdulillah senang dan mudah

Kami tak tunggu terus naik ke atas kerana keadaan sahabat kami ila bertambah teruk. Nak puji sikitlah kru AirAsia di Airport Padang Abd Rahman namanya MasyaAllah baik akhlaknya dari urusan beg beg kami selesai dia juga yang ambilkan wheel chair utk sahabat kami, dia juga yang sorong sehingga ke pesawat dan seat juga di beri bahagian hot seat bersama pengiring sahabat kami Endang. Alhamdulillah dapat layanan yang baik dari kru AirAsia.

Kru AirAsia Abd Rahman menyorong wheel chair sahabat kami

Alhamdulillah selesai sudah trip kami untuk kali ini. Flight kami juga menepati masa dan kami sampai awal 5 minit dari jadual.Buat sahabat sahabat trip ini korang semua memang owesome. Bermusafir bersama adalah cara terbaik mengenali karakter seseorang.. Alhamdulillah pada perjalanan kami kali ini silaturrrahim terasa lebih erat dengan senda gurau dan aktiviti bersama, dengan kerjasama yang diberikan memudahkan trip kali ni untuk dinikmati bersama-sama .. jalan sambil menikmati pemandangan ciptaan Ilahi, berfikir kebesaranNya serta lantunan zikir dalam memuji Allah Yang Maha Agong.. Fikiran yang membuka jalan zikir untuk terasa lebih manis.
Benarlah.. berjalanlah kita di muka bumi Allah, ambillah pelajaran dan pengajaran pada tiap sesuatu perkara dan kejadian sehingga hati menjadi lunak untuk bersyukur dan bersangka baik pd Allah ❤️


Next trip akan datang Beijing/Guilin InsyaAllah














































            

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Trip Bajet ke Phnom Penh I

Jalan Jalan suka ria di Phnom Penh               TRIP BAJET MURAH KE PHNOM PENH 1 Lama tak menulis blog, agak sibuk lately ni.Tapi d...