Saturday 23 June 2018

Pasang Rumput Murah artificial grass

Assalamualaikum semua !

Kali ni aku nak share dengan korang macamana nak pasang rumput tiruan DIY tak perlu nak upah orang pasang korang pun boleh pasang sendiri, just beli rumput tiruan tu di kedai nursery depend pada koranglah nak tebal ke nak nipis. Yang tebal 35mm aku dapat RM8.00 sekaki yg 30mm aku dapat RM7.00 sekaki tapi aku pilih yg 35mm, puas tawar menawar dengan apek tu dapatlah RM6.00 sekaki bolehlah. Aku beli 14kaki x 6kaki untuk 2 keping nak pasang di sebelah wakaf tepi rumah aku tu.



Kerja kerja sebelum..nampak macam semak kan?

Aku mulakan kerja kerja memasang rumput ni di bulan Ramadhan 2018, bayangkanlah dah nak akhir akhir ramadhan cuaca agak panas. Cadangnya aku nak ambil pekerja Myanmar tolong pasang rumput ni tapi dok fikir  puasa aku malas nak ambil dia orang sebab kalau dia dah dahaga nanti dia minta air plak kat bibik aku, dah tak pasal pasal aku bersubahat plak nanti. Dengan tabah aku mulakan projek aku ni dengan bibik aku..Bismillah

Permulaan korang kena bersihkan rumput rumput sedia ada sampai bersih kerana kalau kau tak bersihkan kemungkinan nanti rumput akan hidup di celah celah rumput tiruan. So korang make sure cangkul bersih bersih. Memang penat tapi aku kalau dah penat aku berhenti rehat, kalau dah panas aku berhenti terus sebab bila matahari dan meninggi dan memancarkan kepanasannya haruslah kena berhenti puasa tu haha..



Buat kerja mengikut kemampuan kita yea
.
Dah tinggal sikit rumput tu di bersihkan

Siapa kata wanita tak mampu buat. Kalau ada usaha InsyaAllah kita pun boleh buat sepertimana lelaki buat. Korang kalau tengok video video minah saleh kat oversea semua dia orang buat sendiri tau so jangan malas nak mencuba ye.
Aku kalau buat sesuatu akan buat sampai jadi.

Dah bersih rumput rumput termasuklah sekali pokok yang merimbun tu

Bukan saja bersihkan rumput , dengan pokok yang merimbun tu aku buang sekali ,biar nampak betul betul bersih dan senang nak pasang rumput tiruan tu nanti.

Akhirnya siap juga kerja kerja pembersihan

Lepas semuanya bersih dan tidak kelihatan rumput rumput lama korang bolehlah racun permukaan yang telah korang bersihkan. Kebetulan Mat Bangla tengah meracun rumput di bahagian depan jalan rumah aku , apalagi aku panggil racunkan sekali rezeki aku. 

Kerja kerja meracun tanah

Kalau nak racun biar waktu panas

Dah nampak clear kan

Nasihat aku korang kalau nak racun make sure hari betul betul panas supaya ubat racun tu menyerap dan dapat membunuh akar akar rumput tersebut. Kalau hujan rugilah sebab belum sempat serap dah kena air hujan plak.

Biarkan untuk beberapa hari
Pastikan korang biarkan tanah itu betul betul kering dan kemudian barulah korang ratakan permukaan tanah itu dengan pasir di tempat yang tak rata, kalau ada mesin compactor lagi baik tapi kalau tak ada agak agak badan kalau berat lebih 60 kg korang injak injak ajelah sampai rata , kalau tak rata nanti bila pijak dia terasa kosong. Aku beli pasir dalam 2 beg sahaja sebab permukaan tanah aku tu dah rata cuma aku buat macam berbukit sikit di bahagian pokok pinang tu. Nampaklah ala ala kat green putt padang golf huhu nak lepas rindu main golf sebab dah tinggalkan arena golf hampir 8 tahun setelah tisu lutut aku ni koyak.
.
Start pasang alas dari guni sedia ada

Lepas korang dah pastikan permukaan tanah dah kering secukupnya dan tidak ada akar akar lama yang hidup korang bolehlah hamparkan alas seperti kanvas,
guni atau foam. Aku gunakan guni yang sedia ada yang memang banyak dekat kedai aku. Sebab apa kena pasang? aku takut rumput rumput akan hidup nanti di celah celah Rumput karpet yang aku pasang tu, kalau tak nak alas pun boleh tak ada masalah.



Hampir siap 
.
Hampar dan ukur 
.
Add caption
Aku akan hamparkan rumput tiruan itu dulu untuk melihat mana mana bahagian yang perlu di potong.

Gunakan pisau untuk memotong rumput tiruan 

Aku cadangkan korang guna pisau lebih mudah untuk potong. Pastikan semasa potong mengikut ukuran yang betul baru nampak kemas dan cantik pada sambungannya nanti.

Rumput tiruan ni agak berat sikit bila kita nak alih alihkan semasa proses memotong so angkat berdualah. Orang perempuan kederat tak kuat mana tapi aku cadangkan buat ikut kemampuan diri.

Kerja kerja memotong perlu hati hati tapi tak susah mana pun. Jangan hirau warna
hijau tu sebab aku tak berstokin hehe
.
Alhamdulillah dah siap pasang untuk sekeping
.
Taaraaaa dah siap pasang dah tinggal nak letak batu batu sahaja
.
Aku letakkan batu batu putih di tepi tepi dinding dan di keliling pokok kecil

Kalau nak lebih cantik lagi bolehlah beli batu batu putih (hiasan) tu di tempat tempat yang korang suka. Batu tu aku beli di nursery. Harga 1 beg batu tu, aku dapat harga RM10.00 so aku guna 2 beg batu cukup untuk di letakkan di tepi dinding dan keliling pokok kecil tu. Nampak berserilah sikit.

Alhamdulillah siap sepenuhnya
.
Inilah hasilnya tangan kami berdua


Senyum bangga dapat siapkan
Kalau nak buat seribu daya kalau tak nak seribu alasan. Yang nak kan kepuasan lihat hasil tangannya boleh mencuba tapi nasihat aku buatlah tempat yang kecil kecil dulu bila dah menjadi hasilnya satu padang bola korang boleh pasang hahaha. Ada dua kepuasan bila dah pasang rumput tiruan ni, yang pertama nampak cantik yang kedua tangan sendiri yang menghasilkannya. Aku sangat sangat puas. Bila pulang dari kerja masuk parking dah nampak kehijauan rumput yang aku pasang selalunya aku akan senyum sendiri bangga jugalah aku boleh pasang hehe kalau nak dabik dada bangga berdosa riak plak cuma aku share ni untuk kaum wanita yang terasa nak buat sendiri atau dah minta suami buatkan dia buat tak tahu aje hehe.


Anak anak siap baring bergambar suka sangat

Akhir sekali selamat mencuba semua terutama kepada kaum wanita.

Hasil yang berbayar dengan titik peluh sendiri




























No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

Trip Bajet ke Phnom Penh I

Jalan Jalan suka ria di Phnom Penh               TRIP BAJET MURAH KE PHNOM PENH 1 Lama tak menulis blog, agak sibuk lately ni.Tapi d...